Lorem ipsum dolor sit amet... Consectetuer adipiscing elit... Sed diam nonummy nibh euismod tincidunt... Ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat...

FIKIRKAN BOLEH - Hinakah andai tidak berpendidikan tinggi ? -


ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah , hari yang sangat cerah plus plus huurrrmmm indahnyaaaa
#muncungkan bibir 


Hari ini hari Isnin , bersamaan dengan 1 Julai kan kan kan . . Alhamdulillah . . SELAMAT DATANG BULAN JULAI . . *wweeewwiiittttt
So maknanya sekarang tinggal beberapa hari saja kan untuk kita menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak . . Alhamdulillah . . Terasa cepat saja sekarang nie kan . . Rasa macam baru semalam je iza masuk University dan berpuasa disana , rupa-rupanya dah setahun iza bergelar mahasiswi kat UTHM tu . . Alhamdulillah :) :)

Hari ini gak adik iza yang kedua telah mendaftar kat Giatmara Cawangan Bakri . . Tak jauh pun dari rumah . . jalan kaki confirm sampai . . huhuhuhu Dia amik jurusan fesyen . . so belajar pasal jahit-jahit nie la . . Mana tahu nantikan bila dah pandai buat baju , bolehlah iza tempah and free of charge je . . huhuhuhu kan kan kan
#kaki bodeklah iza nie

*siapa berminat boleh masuk ke laman web Giatmara ea 

Sebenarnya , iza berbangga sangat dengan adik iza nie . . Name die izyan . . Nurul Izyan Fayyadhah Bt Md Nordin . . amacam panjang tak *semput bakal laki kaw nak sebut #kesian kesian
Adik iza nie baru je lepasan SPM . . Alhamdulillah keputusan yang dia dapat sangat memuaskan . . Tetapi disebabkan masalah-masalah peribadi adik iza nie amik keputusan untuk tidak sambung belajar ditempat yang jauh-jauh . . Alhamdulillah banyak gak tawaran yang dia dapat sepeti KUIM , KKTM pasir mas dan sebagainya . . Mungkin ada hikmah kenapa dia memilih Giatmara nie . . Hanya Allah saja yang tahu kan kan kan . . #ALLAH ITU MAHA PENYAYANG

Iza tak kisah pun adik iza nak belajar kat mana-mana . . sebab bagi iza tak semestinya orang yang tak masuk Universiti orang yang takde diploma or ijazah or sebagainya nie tak mampu nak berjaya . . Sebaliknya yang iza lihatlah pada masa sekarang nie kan , ramai yang bekerja , yang berjaya nie dari golongan yang lahir melalui institut kemahiran seperti Giatmara , ILP , IKBN dan institut-institut lain . . Jadi nak buat apa kita perlu pandang serong pada mereka , sedangkan mereka ini mempunyai masa depan yang cerah berbanding yang berpelajaran tinggi . .

Allah yang memberi rezeki . . Allah yang meletakkan segalanya . . Kita hanya mampu merancang . . tetapi Allah yang mengatur untuk kita . . sebab Allah itu maha Adil lagi maha Penyayang . . 
Seperti di akhbar-akhbar sekarang kan , banyak graduan ijazah yang menganggur berbanding pelajar-pelajar kemahiran . . Semakin kita berada diatas semakin banyak dugaannya , semakin banyak pesaingnya dan semakin tinggilah hidungnya . . tetapi apalah kita berada dibawah , kita akan sentiasa berfikir bagaimana untuk memajukan diri , bagaimana untuk menjadi seperti orang atas , bagaimana untuk mencari kehidupan dan perkongsian . . 

Iza kagum sangat-sangat apabila ramai yang memilih belajar di instistut kemahiran untuk memajukan diri . . Yelah mereka memilih tempat yang tidak megah untuk teruskan belajar . . tengok betapa tingginya impian mereka kan kan kan . . Mereka sanggup berada dibawah semata-mata nak teruskan belajar . . Sepatutnya kita yang diatas nie memberi sokongan kat mereka bukannya memerli , mengutuk . mengejek . . tapi cer tengok diri tu , belajaq tinggi tapiiii dah cukup ke untuk memiliki kerjaya . . Fikir-fikirkanlah

----<@ JADI KEPADA ADIK-ADIK IZA KE KAWAN-KAWAN IZA KE , YANG MEMILIH INSTITUT KEMAHIRAN , TERUSKANLAH , JANGAN PANDANG KEBELAKANG TETAPI PANDANGLAH KEHADAPAN . . INSYAALLAH KEJAYAAN PASTI MILIK ANDA . . BIARLAH ORANG NAK KATA APA , ASALKAN KITA NAK BELAJAR . . FIKIRLAH YANG KITA MAMPU UNTUK BERJAYA @>-----








" ALLAH ITU TAHU MANA YANG BAIK UNTUK HAMBANYA , JADI TERUSKANLAH "



kami sentiasa sokong anda . . percayalah kejayaan milik kita
InsyaAllah
ALLAHUAKBAR


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Bace ! Like Ye Kalau Suka ! ♥

@@
bloggerfacebook♥ Koment Kat Sini Ye ♥
1 ulasan: