ASSALAMUALAIKUMM W.B.T
SALAM SEJAHTERA
Hai kawan kita yang memel lagi encem . . huhuhuhu dah mula perasan la tu kan bile kena puji . . huhuhu
#kembang hidung kaw (-OO-)
Okay okay tak nak mencarut banyak , so arinikan kan kita ingat nak kongsi satu tips . . yyeeahhhh tips apakah itu ? ? Mesti tertanya-tanya kan kan . . huhuhu
So today , iza akan berkongsi tips mengenai BERKAWAN CARA RASULULLAH SAW . . Mesti ramai yang tertanya-tanyakan kenapa iza pilih tips nie . . errrmmm mehh meeehhh iza kasi terang sama lu semua . . Dalam era ini , ramai sahabat-sahabat iza yang terlalu taksub dengan ikatan persahabatan atau kawan tanpa mengikut cara Rasul kita . . Ialah ada yang berkawan kerana duit , kerana nak popular dan yang lagi pelik berkawan kerana duniawi je . . amboiii ammbbooii ambboiiii #biasa ni
Okay okay okay , stop it . . kita berbalik kepada tadi . . ermmm mesti korang tahu kan , dulu Rasulullah bersahabat baik dengan Saidina Abu Bakar . . Perhubungan yang sangat sempurna dan mulia untuk dijadikan contoh pada masa ini . . Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia , sama haluan dalam perjuangan
sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan . . Ia sewajarnya dijadikan
panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik . . BETUL KAN ? ?
Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah s.a.w. dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud : “ Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya , nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar .”
(H.R. alBaihaqi)
Rasulullah s.a.w. juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti sabda baginda :
“ Semoga Allah merahmatimu ! Engkau adalah sahabatku ! Engkau telah membenarkan ketika orang lain mendustakanku , engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku , engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku , engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah . . Sesungguhnya tiada siapa pun , biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu . .”
Lihatlah kawan-kawan , betapa tingginya nilai persahatan yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar dan juga Rasulullah SAW . . mampukah kita memperoleh sahabat sedemikian pada masa sekarang ? ? mampukah terbinanya persahabatan itu tanpa ada rasa dendam atau iri hati ? ? fikir-fikirkanlah
#tepuk dada tanya hati
MENCARI KAWAN YANG BAIK DAN MAMPU MEMBIMBING KE ARAH
KEBAIKAN
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi . . Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk . .” (H.R. al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah s.a.w menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau
kawan yang baik , antaranya :
BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BERTAQWA DAN BERIMAN
“ Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertaqwa . .”
(H.R. Abu Daud dan At-Tirmizi).
HINDARI BERKAWAN ORANG DENGAN YANG BURUK AKHLAKNYA
”Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya” Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.”
(H.R. at-Tirmizi dan Abu Daud).
MENEGUR KESILAPAN KAWAN KERANA KEBENARAN
Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya . .
MEMBANTU KAWAN KETIKA KESEMPITAN
“ Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat , dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat .”
(H.R. AlBukhari dan Muslim)
Alhamdulillah , masa iza dulu dekat sekolah menengah , iza telah berjumpa sahabat yang sentiasa ada ketika susah dan senang . . yang saling membantu , yang saling menegur kesilapan antara kami . . Iza tak pernah lupa dengan kehadiran mereka dalam hidup iza . . bagi iza merekalah yang terindah semasa dizaman sekolah menengah iza . . ooohhh myyy :( :(
#tutup muka dengan bantal
#thanks awak-awak semua
#sayang awak-awak semua
#to : eezati , hana , nadzira , latifah , afiza , shyafika , aszahara dan atikah
#geng budak senyap and geng 4GG (PIZZ)
Kini , iza dah masuk ke alam universiti . . alam yang sangat mencabar . . Alhamdulillah , di alam ini iza diberi peluang untuk mengenali seseorang hamba Allah yang sentiasa ada dengan iza . . Kemana iza pergi mesti ada dia . . Dia adalah twins iza . . muka kami seiras taw tapi sayang lain ayah pula . . huhuhuhu Dia gak banyak bantu iza . . anddd thennn Allah menambah lagi cahaya yang sentiasa dengan iza . . walaupun mereka kadang menggeramkan tetapi mereka sentiasa ada untuk iza . . mereka sentiasa layan karena iza yang agak merumitkan . . huhuhu *iza nie haru biru orangnye taw
#awak semua buat kita terharu dengan kehadiran awak-awak semua
#terima kasih taw taw
#kita sayang awak-awak semua
#official to : fatihah ( my twin ) , fahmeeda , amirul , sholihin , mustaqim , ikhwan dan warga UTHM
*sahabat disekolah menengah . . I MISS YOU A LOT
*my twins . . see muka kami sama kan kan kan
*mereka berdua nie kan kan sentiasa menjaga hati iza and sentiasa menegur kalau iza salah
*thanks sholihin and mus
" PILIHLAH KAWAN YANG MAMPU MENJADIKAN DIRIMU TERASA INDAH BUKAN YANG MEMBUATKAN DIRIMU MENDERITA "
hhhhuuuaaarrrggghhhh . . okaylah kawan-kawan sampai disini saja ea . .
SAYANG KAMU SEMUA DARI KAMI
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Bace ! Like Ye Kalau Suka ! ♥
@@